Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, July 12, 2010

Anak Jati Johor

Saya amat berbangga menjadi anak jati Johor. Keindahan dan keasyikan tersendiri dengan kebudayaan dan keaslian yang masih mampu dipelihara. Banggakah anda menjadi anak Jati Johor...... Jika anda bangga dengan Johor...mari kita beramai menjaga keindahan dan keharmoniannya..


Blogger Templates
Blogger Templates

Thursday, July 8, 2010

JABIR IBN HAIYAN - BAPA ILMU KIMIA

Add caption

Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab dipanggil "Si Geber darti Abad Pertengahan" juga dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah (sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.


Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

AL-FARABI – TOKOH FALSAFAH ISLAM.

Add caption
Al-Farabi Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.


Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

AL-RAZI – TOKOH KARYAWAN ISLAM.








Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.









Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.


IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.



Ibnu Sina (980-1037) dikenal juga sebagai Avicenna di Dunia Barat adalah seorang filsuf, ilmuwan, dan juga dokter kelahiran Persia (sekarang sudah menjadi bagian Uzbekistan). Ia juga seorang penulis yang produktif dimana sebagian besar karyanya adalah tentang filosofi dan pengobatan. Bagi banyak orang, beliau adalah "Bapak Pengobatan Modern" dan masih banyak lagi sebutan baginya yang kebanyakan bersangkutan dengan karya-karyanya di bidang kedokteran. Karyanya yang sangat terkenal adalah Qanun fi Thib yang merupakan rujukan di bidang kedokteran selama berabad-abad.

IBNU KHALDUN – TOKOH EKONOMI ISLAM.





Ibnu Khaldun, nama lengkap: Abu Zayd 'Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) lahir 27 Mei 1332/732H, wafat 19 Maret 1406/808H) adalah seorang sejarawan muslim dari Tunisia dan sering disebut sebagai bapak pendiri ilmuhistoriografisosiologi dan ekonomi. Karyanya yang terkenal adalah Muqaddimah (Pendahuluan).

Tuesday, July 6, 2010

Pencarian Bermula

Kini, usaha mencari semula dan menyatukan kembali bekas-bekas pelajar SEMESTA 2000 sedang giat dijalankan dan sedang berusaha untuk menjadikan blog ini satu realiti dan bahan rujukan untuk sahabat-sahabat yang lain dapat berhubung antara satu sama lain.

Selain itu juga, agar dapat kita berbincang mengenai Majlis Perjumpaan Bekas-Bekas Pelajar SEMESTA 2000.

Tarikh :
Lokasi :
Masa :

Sekiranya anda ada sebarang cadangan berkaitan lokasi dan masa yang sesuai sila tinggalkan komen anda dibawah atau di ChatBox disebelah kanan blog ini.

Terima Kasih.

Blogger Templates
Blogger Templates

Salam Bicara

Selamat Datang Ke Laman Blog Ex Student Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Benut Tahun 2000.

Tujuan blog ini dibina adalah untuk menyatukan kembali bekas-bekas pelajar Semesta 2000 yang telah lama tidak berhubung atau langsung tidak mendengar khabar berita agar dapat dijalinkan semula melalui Blog ini.

Ribuan terima kasih terhadap kerjasama anda dalam menjayakan blog ini supaya dapat dilengkapkan selengkapnya bekas-bekas pelajar yang ada.

Blogger Templates
Blogger Templates